SHAH ALAM, 7 OKT: Polis menahan sembilan lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat kejadian samun berkawan dan bersenjata di rumah seorang ahli perniagaan di Pandamaran, Klang, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Seorang lelaki warga asing diselamatkan polis selepas dipercayai menjadi mangsa culik penjenayah yang mati ditembak dalam kejadian di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam.
KLANG, 22 SEPT: Polis bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sentiasa bekerjasama dalam berkongsi maklumat sejak awal siasatan terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Polis Selangor mengesahkan menerima laporan berhubung pesara bank wanita mengalami kerugian RM1.98 juta dipercayai jadi mangsa sindiket penipuan 'love scam'.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Polis memburu saki-baki anggota kumpulan bersenjata yang dikenal pasti terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang, Jun lalu, yang salah seorang anggotanya maut selepas kejadian berbalas tembakan dengan polis di sekitar Kajang petang semalam.
SEPANG, 12 OGOS: Seorang lelaki ditahan dan polis merampas 50 kilogram (kg) syabu serta enam kg pil ekstasi bernilai RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam, Khamis lalu.
SHAH ALAM, 29 JULAI: Dua anggota polis ditahan dipercayai melakukan pemerasan wang terhadap warga asing di Jalan Taming Sari, Kajang, Selangor.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Enam individu termasuk tiga anggota polis berpangkat rendah ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini Selasa lepas.
HULU SELANGOR, 17 JULAI: Seramai 26 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya ditemukan di Kampung Sri Kledang, di sini.
SHAH ALAM, 16 JULAI: Polis menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah.
KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Pekerja sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan Rabu lalu ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor hari ini.
SHAH ALAM, 3 JULAI: Empat warga asing termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan wang milik lelaki tempatan berjumlah RM360,966 atas urusan pembelian emas.
SHAH ALAM, 2 JULAI: Siasatan kes penularan gambar menerusi aplikasi Telegram yang didakwa kecederaan pada mayat kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
KAJANG, 26 JUN: Buat julung kalinya polis Selangor akan menganjurkan Selangor Police Integrity Half Marathon di Stadium Sultan Suleiman, Klang, Selangor pada 14 Julai ini.
SHAH ALAM, 11 JUN: Kehadiran ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin di lokasi mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan dan kediaman mereka adalah sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes bunuh berkenaan.
HULU LANGAT, 8 JUN: Suspek yang memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee di Shah Alam baru-baru ini dipercayai tidak hanya menyasarkan kediaman atlet itu.
HULU LANGAT, 8 JUN: Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia pada Disember tahun lalu Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung.
SHAH ALAM, 6 JUN: Polis memohon reman ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, disambung esok bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 3 JUN: Tiga individu termasuk bekas pengasuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu Disember tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 2 JUN: Dua lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Kilometer 396.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di hentian Tanjung Malim, Perak, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.